MyChempaka logo MyChempaka Kod Etika Agent Rasmi
Dokumen Rasmi

Kod Etika Agent MyChempaka

Semua agent wajib patuh standard etika ini semasa berkongsi link, memberi penerangan pakej, mengurus prospek, dan menjalankan onboarding. Fokus kita ialah pertumbuhan yang sah, jelas, dan jangka panjang.

TujuanLindungi pengguna, partner, dan jenama MyChempaka
SkopSemua saluran agent: online, offline, dan komuniti
PenguatkuasaanTeguran, penggantungan, atau penamatan agent ID
Prinsip Utama

8 prinsip wajib untuk semua agent

1. Jujur semasa explain pakej

Dilarang janji palsu berkaitan komisen, pulangan, atau status akaun. Nyatakan syarat sebenar dengan jelas.

2. Hormat privasi data

Data prospek hanya untuk onboarding rasmi. Dilarang jual, sebar, atau guna semula tanpa kebenaran.

3. Guna saluran rasmi

Gunakan link rasmi MyChempaka dan saluran sokongan rasmi untuk komunikasi onboarding.

4. Tiada paksaan pembayaran

Agent tidak dibenarkan paksa topup, yuran tersembunyi, atau caj luar SOP syarikat.

5. Jaga adab komunikasi

Elakkan ugutan, fitnah, spam, atau kata-kata yang menjatuhkan pihak lain semasa jualan.

6. Patuh struktur referral

Referral mesti ikut link dan agent ID rasmi. Manipulasi referral adalah pelanggaran berat.

7. Fokus nilai produk

Terangkan kegunaan app berdasarkan fungsi sebenar, bukan hype semata-mata.

8. Patuh undang-undang

Semua aktiviti agent mesti ikut undang-undang Malaysia dan polisi platform digital semasa.

Larangan Tegas

Perkara yang dilarang sama sekali

  • Menyamar sebagai staff rasmi tanpa kebenaran syarikat.
  • Mengubah harga pakej atau mencipta caj tambahan sendiri.
  • Menyebar maklumat sulit syarikat, merchant, host, rider, atau customer.
  • Menggunakan taktik menipu untuk pendaftaran atau topup MYC.
  • Membeli/menjual agent ID atau akaun onboarding.
Tindakan Disiplin

Penguatkuasaan jika berlaku pelanggaran

  • Teguran bertulis dan rekod dalaman.
  • Penggantungan sementara akses agent ID.
  • Pembatalan komisen bagi kes salah laku serius.
  • Penamatan kekal akaun agent.
  • Tindakan undang-undang jika melibatkan penipuan/data.
Sokongan Rasmi

Perlu semakan etika atau bantuan onboarding?

Team MyChempaka boleh bantu semak isu etika, struktur referral, dan komunikasi dengan prospek supaya operasi agent kekal profesional.